الخميس، 28 فبراير 2008

Fatwa Hadi dan Perangai Pak Lah

ambil kat tranungKite.com


Posted on Friday, February 29 @ 10:06:31 MYT by SongkokPutih






"Dollah Badawi mengkritik kasar Ustaz Hadi Awang berkaitan pandangan nya terhadap harus mendedahkan kepincangan bakal pemimpin atau pemimpin ummat Islam supaya Ummat Islam selamat dari keburukan ketua itu. Persoalan nya apakah fatwa peribadi dan amalan Dollah. Di antara nya , pegang bahu wanita seksi halal, tidur dalam mesyuarat harus, runtuh surau kg Berembang wajib dan fitnah negara kebajikan akan bankrupkan negara, sangat wajibItu lah hakikat nya berkaitan Dollah Badawi. Ramai yang mengatakan dia anak ulamak , di besarkan dalam pondok namun anak ulamak dan di besarkan dalam pondok tidak semestinya sudah cukup untuk menjadi orang yang alim dan berilmu. Kalau anak ulama tetapi tidak bercakap macam ulama itu maknanya tidak percaya kepada kehebatan Islam. Membesar dalam pondok semasa kecil tetapi hidup mengaut harta rakyat melalui anak menantu semasa tua makna nya perompak. Sungguh keras terjahan Dollah pada Ustaz Hadi dan ini menunjukkan Dolllah sudah hilang pedoman, bankrup, berperangai saperti diplomat cap ayam dan tidak tahu ugama. Apa yang Ustaz Hadi cakap berlandaskan Hadith Rasulullah dan kalau ia mahu menolak hujah Uztaz Hadi , Dollah mesti cari hadis atau ayat quran yang dapat menolak hujjah itu. Bukan menambah apa yang di katakan ustaz hadi , dan memusing nya sampai hilang kata asal ustaz hadi. Kes ini sama lah dengan apa yang di buat pada Ustaz Nik Aziz dahulu.Sekarang UMNO telah me ngalih pandangan umum dari isu besar negara saperti harga barang dan jenayah kepada MICRO ISSUE yang mereka merasa mereka lebih advantage kerana ada TV dan AKBAR yang boleh memusingnya berulang kali. Disamping menangani micro issue , PAS mestilah pandai menangani issue ini dengan MENGUATKAN ISSUE harga barang dan jenayah dan curi duit dan rampas tanah dengan lebih NYARING dan KUAT supaya tengellam micro issue. Ini adalah kerana issue besar negara lah yang akan menjatuhkan umno dan bn"

الجمعة، 22 فبراير 2008

anda ingin pilih pemimpin macam ini?!!



sanggupkah andi memilih pemimpin yang melangar perintah Allah SWT ???!

firman Allah swt yang bermaksud:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.
[2] Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).

{Al-Mumtahanah: 1-2}